Punca aku kawin sponsor sebab aku belum keje lagi.
Masa tu aku tak dan nak cari keje lagi.
Pastu bile tetamu datang..terjah aku dalam bilik pengantin,
Masing-masing tanya soalan cepumas.
Soalannya ialah: Kerja kat mana sekarang ni?
Aku cakap..belum keje lagi..
Muke-muke org yang bertanya tu berubah terusss...!
Kebanyakannye buat senyum kambing ala-ala perli aku..
Eiiii...sedih tau...
Jahat tau buat muka macam tu...
Lepas kawin, aku terus ikut Bi Bi balik Kuantan.
Masa tu Bi Bi keje kat sana lagi.
Sampai sana je mencurah-curah pulak tawaran kerja..
Kerja HR Exec kat Panasonic yg aku interview terpahape dapat.
Elok2 keje 3 hari dapat pulak offer jd cikgu pendidikan khas kat Perak
Ini la namanya rezeki org kawin.
Gambar lepas akad nikah dalam bilik pengantin ilham Mama.
Thursday, December 10, 2009
Jangan Pandang Pengantin Macam Tu..tak baikkkk!
Posted by Mrs. Zuki at 1:38 PM 12 comments
Wednesday, December 9, 2009
Kawin Sponsor Mmg Best tau...
...tapi.....
ada jugak yang tak bestnye.
Entry kali ni berbaur perkahwinan sebab sekarang musim kawin, musim mengawan, musim pegnen, dan yang paling penting..anniversary kitorg dah nak dekat...
>18 Disember 2009..genap 5 tahun >
Dulu masa aku kawin..aku belum keje..
Baru je abis belajar masa tu.
Tapi, jodoh dah sampai & Mama aku pulak kata dia akan sponsor semua sekali.
Masa tu aku blur..blur sangat...
Yang pertamanya aku belum ada pengalaman kawin..hehe..ye la mana penah kawin..
Bukan, maksud aku...aku takde adik-beradik atau sepupu yg dah kawin sebab aku anak sulung & cucu sulung.
Dari segi preparation aku kene tunggu Mama aku buat keputusan..
Semua sekali sebab dia la yang bagi duit.
Mama aku takde cukup masa sebab dia sibuk dengan keje dia.
Preparation nak kawin dibuat dalam masa 2 bulan je.
Bab kenduri abah aku handle.
Baju pengantin, set bilik tidur, semua mama aku yang decide termasuk la warna tema.
Barang hantaran pun mama aku suruh bawak pegi kedai, kedai tu yg gubah semua.
Bila aku nak bangkang sebab aku tak suke je mama aku akan sound..."Kamu bayar la sendiri!!"
Alamak...
Sekarang bila aku tengok preparation kawan-kawan yang nak kawin yang beria-ia..
Aku rasa mcm..alamak....
Aku betul- betul kawin sponsor!
Ok nanti aku akan cite lagi pasal kawin-kawin..tungguuuu....
Inilah Muhamad Zuki bin Mat Yusof @ Ismail yang dari awal lagi aku dah tau adalah jodoh aku sedang "berjabat tangan" dengan Abah aku masa dinikahkan.
Posted by Mrs. Zuki at 2:10 PM 13 comments
Tuesday, December 8, 2009
Entry cuti sekolah tanpa gambar.
Cuti sekolah mmg menarik.
Ye la sapa yang tak suka cuti angkat tangan!
Meh aku nak tengok sapa yang tak suke cuti tu..
Cuti sekolah bermakna untuk aku sebab aku dapat duduk sebumbung dengan husband tercinta hari-hari.
Duduk di rumah sendiri..kalau tak, bayar bulan-bulan tapi duduk kat sini ada la 2 kali je sebulan.
Dapat deko-deko-deko umah balik..
Kali ni mmg berbaloi....cuti sekolah panjang yang pertama untuk aku...
Kalau aku sunyi, aku bleh je pegi:
1.Umah Ummi dekat seksyen 5.
2.Umah Ernie kat Damansara Damai sebab dia working at home mom.
3.Umah Kak Zue kat Subang Bestari sebab dia pun cikgu jugak.
4.Umah Lin kat Bukit Jelutong sebab dia fulltime housewife.
5.Shopping kat shopping complexs kat area umah.
Tapi.....hari-hari abiskan masa depan tv.Bleh kata segala jenis cite aku layan..
Minggu ni minggu dvd pulak..
Dalam banyak- banyak....aku paling suke sebab sekarang aku tak psiko nak ada anak cepat- cepat lagiiiii....
Posted by Mrs. Zuki at 12:14 PM 8 comments
Thursday, December 3, 2009
Biarkan apa mereka nak kata....

Bile dah beli AGY ni..
Ada pulak mulut- mulut yang cakap-cakap yang kitorg dah jual kete kitorg.
Pastu, beli kete yang kecik dan menjimatkan sebab dah tak mampu nak 'bela' MPV tu.
Alahai...la mulut...
Itu Viva aku la..
MPV tu Zuki punye..
Suka hati kitorg la nak bawak kete yang mana satu bile balik kampung.
Suke hati la kitorg nak jimat minyak ke pun..dah peluang nak menjimatkan minyak tu ada..ye tak?
Sabar..sabar...
Tuk aku bagi nasihat..
"Ili, biaq pi la orang nak kata apa pun..bukannya kita tak dak. Biaq ada daripada mengaku ada tapi sebenaqnya tak dak."
Tuk aku mmg selalu bagi nasihat yang bernas tiap kali aku sedih.
Orang tua-tua walaupun sekolah tak tinggi, buta huruf, tapi bile bg nasihat, berjaya pujuk orang yg masuk U.
Sayanggggg Tuk aku.. :)
Posted by Mrs. Zuki at 7:36 PM 12 comments
Kejutan letrik..adoi adoi adoi!!
Aku heran.
Manusia ke alien aku ni?
Adakah aku manusia yang ada kuasa?
Hahahahaha...
Korang...aku tak tau apa masalah aku..
Aku ada baca kat mana ntah pasal masalah aku ni..
Tapi aku dah lupe apa yang aku baca tu..
Masalah aku ni dah mula sejak dulu.
Aku...aku selalu kene renjatan letrik.
Padahal bukanny aku pegang plug dengan tangan yang basah..
Bukan!
Situasi 1:
Aku akan kene kejutan bile jari aku pegang penutup pintu kereta dari luar tiap kali aku nak tutup pintu kete.
Solution untuk situasi 1: Tutup pintu kete dengan tapak tangan(tanpa kene jari) atau tolak ngan bontot.
Situasi 2:
Tolak troli mcm kat Giant.
Solution situasi 2:
Bi Bi tolong tolakkan.
Situasi 3:
Adam pegang troli Giant..pastu bile dia pegang tangan aku..aku akan melompat sebab elektrostatik tu berpndah dari tangan dia ke tangan aku.
Solution situasi 3:
Takde..
**Update:Tadi pegi Ikea, 2 kali berlaku kejadian Bi Bi mengalirkan cas letrik dr troli yg dia tolak ke tangan aku.
2 kali jugak aku meloncat.
Sian tau ..tak dapat berpegangan tangan.
Saat yang menakutkan tu bileaku siap terdengar bunyi "cissszz" bile aku kene renjatan.
Mcm bunyi letrik yg pendek.
Help help...ada sesapa boleh membantu??
Posted by Mrs. Zuki at 4:39 PM 19 comments
Wednesday, December 2, 2009
Adam situ sana sini.
Balik Kedah masa Raya Haji baru-baru ni..
Tuk aku cakap pada cicit dia, Adam ni.
"Adam..Adam...bukak cerita apa pun dalam tv semua pakat bubuh nama Adam"..
Betul la ..
Bagus jugak..at least Adam sentiasa orang ingat walaupun Adam jauh, dan asyik nak melekat ngan Mummy je..
Mummy masuk bilik air pun nak ikut..apa da..
Antara cite yang Tuk aku sebut:
-Sumpah Bunian ada Adam jd hero.
-Nur Kasih, Adam Hassan.
-Nenek Kebaya, Tuan Adam.
Walaupun ramai Adam....u are my only Adam Ali Iman, sayang...
Posted by Mrs. Zuki at 1:09 PM 6 comments
Wednesday, November 25, 2009
My Life as a Housewife
Ada beberapa jenis housewife..
1.Fulltime Housewife.
2.WAHHW(Working At Home Housewife)
3.Desperate Housewife
4.Fulltime Housewife sepanjang cuti sekolah (Yeahhh itu aku)
Honestly aku bukan seorang hosewife mithali..
Aku tak minat sapu sampah atau mop lantai.
Aku tak gemar iron baju.
Keje-keje surirumah yg aku suke buat mcm basuh kain & sidai kain & masak pun rasanya aku takkan dapat buat dengan baik kalau bosan sebab hari-hari mengadap keje yg sama.
Jadi...
Aku takleh jadi kategori yg pertama iaitu Fulltime HOusewife sebab akhirnya aku akan jadi kategori ke3,Desperate Housewife..
Ish bile la nak start balik season Desperate Housewife..dah desperate nak tengok balik ni.
Posted by Mrs. Zuki at 8:38 PM 9 comments



